BACHOK: Masalah kemiskinan menjadi punca lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, selain itu mempunyai keluarga berpendapatan rendah turut menjadi penyumbang kepada masalah tersebut. Menurutnya, UMK mengambil inisiatif dengan melantik 27 duta UMK yang merupakan penuntut terbaik bertindak sebagai wakil dalam menarik minat pelajar untuk melanjutkan pengajian ke IPTA. “UMK…










