Mengapa semua ini jadi kepada orang sebaik Faisal Halim? - Utusan Malaysia

Mengapa semua ini jadi kepada orang sebaik Faisal Halim?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Harimau Malaya: The Untold Journey, Datuk Afdlin Shauki, meminta pihak berkuasa mencari dalang sebenar insiden simbahan asid yang menimpa pemain bola sepak, Faisal Halim.

Afdlin berkata, kejadian yang menimpa skuad bola sepak negara sangat mencurigakan di samping menimbulkan rasa cemas terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

“Faizal seorang bintang sukan dan kejadian itu berlaku di pusat beli-belah. Ia menunjukkan betapa beraninya si pelaku tersebut.

“Kita juga terfikir keselamatan rakyat Malaysia, takut jika tidak puas hati, terus lakukan serangan asid.

“Saya harap sangat pihak polis cari siapa dalang yang sebenar, saya tak berpuas hati jika tidak jumpa siapa di belakang semua ini.

“Nak dapat asid bukan senang, mana pelaku itu dapat?” katanya.

Afdlin ditemui Utusan Malaysia di malam gala dan sidang media filem Ngesot, di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.

Sepanjang bekerjasama dengan Faisal menerusi penggambaran filem Harimau Malaya, Afdlin menyifatkan atlet tersebut sebagai seorang yang merendah diri.

“Dia ada berlakon satu babak dalam filem ini yang sangat istimewa kerana kita memang nak tampilkan seorang Harimau Malaya.

“Faisal sangat baik, kelakar dan merendah diri. Tak sangka perkara ini boleh berlaku kepada orang yang sepertinya.

“Dia hanya bermain bola sahaja, apa yang dia lakukan sampai jadi mangsa simbahan asid?” katanya.

Terdahulu, pada Ahad, kecoh apabila pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid individu tidak dikenali semasa mengunjungi sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Faisal disahkan mengalami kelecuran tahap empat dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Sebelum itu pada 2 Mei, pemain kebangsaan, Akhyar Rashid turut diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya