Mengaku tak bersalah rogol, adakan seks luar tabii dengan anak jiran

Mengaku tak bersalah rogol, lakukan seks luar tabii dengan anak jiran

SEORANG pesawah (kanan) mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang pesawah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sepuluh pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang remaja perempuan bawah umur yang juga anak jirannya, bulan ini.

Tertuduh yang berusia 28 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lahar Tiang, Kepala Batas, di sini antara pukul 1 pagi dari 3 hingga 12 Mei lalu.

Bagi kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan bagi persetubuhan luar tabii pula dibuat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, sabit kesalahan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 27 Jun depan untuk laporan perubatan dan serahan dokumen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×