Malaysia rumah kedua, D’Masiv kembali ‘gegar’ Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Malaysia rumah kedua, D’Masiv kembali ‘gegar’ Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan popular Indonesia, D’Masiv bakal kembali ‘menggegarkan’ ibu negara Malaysia pada 29 Jun depan, di Megastar Arena menerusi konsert Amazing Concert D’Masiv.

Biarpun baru sahaja melabuhkan tirai konsert mereka Februari lalu, mereka tetap menjanjikan kelainan dan konsep konsert berbeza ditambah dengan kehadiran penyanyi Indonesia, Mario G. Klau.

Vokalisnya, Rian berkata, Amazing Concert D’Masiv juga bakal menjadi pentas pembuka kepada promosi album kelapan mereka apabila beberapa lagu daripada naskhah baharu tersebut akan didendangkan.

“Kami akan tampil dengan susunan muzik berbeza, itu semestinya. Kami harus memeastikan susunan muzik yang lebih segar dan baharu supaya peminat tidak bosan. Harapnya, mereka tidak dapat meneka lagu yang akan dibawakan.

“Sebelum itu, kami bakal melancarkan album kelapan pada 20 Mei ini. Jadi buat pertama kali di Malaysia nanti kami akan bawakan lagu-lagu baru secara langsung di hadapan 6,000 peminat yang hadir nanti,” katanya.

Kongsi Rian lagi, keterujaan mereka berganda kerana sambutan yang diberikan oleh peminat tempatan amat memberangsangkan dan peminat dari Singapura serta Brunei juga dijangka bakal sama hadir ke konsert tersebut.

“Setiap kali kami mengadakan konsert, bukan sahaja orang Malaysia malah mereka dari Singapura dan Brunei juga akan turun sama. Sebab itu kami amat berbesar hati apabila mendapat peluang ini.

“Selalunya, setiap kali kami hadir ke Malaysia, kami juga akan ambil peluang untuk bertemu peminat. Ada yang DM (direct message) di Instagram dan kami akan beritahu tempat tinggal. Tiada masalah,” ujarnya.

Selain Rian, D’Masiv yang popular menerusi seleks lagu antaranya Cinta Ini Membunuhku, Di Antara Kalian dan Pergilah Kasih itu turut membariskan Kiki (gitar), Rama (gitar), Rai (bes) dan Wahyu (drum).

Amazing Concert D’Masiv dibawakan oleh JPP Entertainment dari Indonesia dengan kerjasama produksi tempatan, Creative Page.

Konsert yang berlansung di Arena Megastar Kuala Lumpur itu turut menampillkan Mario G Klau serta duet Sarah Suhairi dan Alfie Zumi. Tiket konsert boleh didapati di www.ticket2u.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya