KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mendoakan operasi mencari dan menyelamat sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi ditemukan selamat. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari rangka kerja di Asia Tengah dan mengikuti rapat perkembangan kes tersebut. “Mendapat khabar tentang kejadian helikopter mendarat cemas yang membawa TYT Seyyed Ebrahim Raisi, Presiden Republik Islam Iran dan rakan sejawat saya TYT Dr. Hossein Amirabdollahian,…










