PUTRAJAYA: Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagi penggal 2024–2026 pada Sesi Ke–28 Persidangan Negara-Negara Pihak Konvensyen Senjata Kimia (CSP-28) di The Hague, Belanda. Menurut Kementerian Luar, Penggal tersebut akan bermula esok sehingga 11 Mei 2026. Katanya, Majlis Eksekutif tersebut yang terdiri daripada 41 Negara Anggota OPCW, berperanan penting bagi mengawal selia operasi Sekretariat Teknikal OPCW serta memastikan pelaksanaan dan pematuhan yang berkesan…










