LRA Sungai Linggi henti operasi sementara, air berbau minyak

LRA Sungai Linggi henti operasi sementara, air berbau minyak

OPERASI LRA Sungai Linggi, Seremban terpaksa dihentikan sementara waktu akibat gangguan kualiti air mentah dari Sungai Linggi selepas air berbau minyak menyebabkan sebahagian kawasan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di sini sekali lagi terpaksa dihentikan sementara waktu akibat gangguan kualiti air mentah Sungai Linggi ekoran air berbau minyak menyebabkan sebahagian kawasan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air.

Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, bau minyak yang tinggi iaitu sebanyak 19 ton menyebabkan pengeluaran pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Kawasan terlibat gangguan adalah dari sebahagian kawasan Batu 6 Jalan  Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan pekan Port Dickson.

“Dari kawasan Pekan Port Dickson sehingga sekitar kawasan Lukut, selain turut terlibat dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A,” kata kenyataan itu

Dalam pada itu, pihak Sains juga bersedia untuk menggerakkan penghantaran air melalui lori tangki dan penempatan tangki statik di tempat-tempat yang terlibat dengan gangguan.

“Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan dan menggunakan air secara berhemah di dalam tempoh masa gangguan.

“Oleh itu, sebarang maklumat dan bantuan sila hubungi 1-300-88-6982,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN