KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mencederakan ibu kandungnya menggunakan sepana di Gerik Selasa lalu, menjalani pemeriksaan psikiatri. Perintah itu dikeluarkan Hakim Rohaida Ishak selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan berikutan tertuduh, Mohamad Helmi Hamzah, 29, tidak memahami pertuduhan berkenaan. Mahkamah juga menetapkan 24 Jun depan untuk menerima laporan psikitri lelaki yang tidak diwakili peguam itu. Terdahulu, Muhammad Firdaus memohon…