KUALA KANGSAR: Lelaki yang ditahan sebelum ini kerana mencederakan bapa kandungnya menggunakan kerusi plastik dalam kejadian di Gerik Khamis lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini. Tertuduh, Ahmad Zikri Harun, 35, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas bapa kandungnya berusia 74 tahun dengan menggunakan sebuah kerusi plastik iaitu alat yang jika digunakan…