LANGKAWI: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dipenjara tiga bulan dan denda RM12,000 di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak serta video lucah, Februari lalu. Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, dihukum penjara tiga bulan dan denda RM10,000 bagi kesalahan memiliki bahan pornografi kanak-kanak, manakala kesalahan memiliki video lucah pula denda RM2,000. David yang merupakan guru di sebuah sekolah antarabangsa di sini turut didenda RM10,000 atas pertuduhan tinggal…