KPDN beri kelulusan serta-merta pemohon Kad Diskaun Khas Menu Rahmah

KPDN beri kelulusan serta-merta pemohon Kad Diskaun Khas Menu Rahmah

FUZIAH Salleh (kanan) menyerahkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah kepada peniaga gerai Nasi Ayam Berempah, Suzana Hanum di Nilai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberi kelulusan serta-merta kepada peniaga yang memohon mendapatkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah sekali gus dapat menggalakkan peniaga meneruskan program Menu Rahmah tersebut.

Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh berkata, pihaknya akui terdapat sekatan dan kekangan sebelum ini, namun sedia memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) dalam menambah baik proses tersebut.

“Mereka (peniaga) boleh membuat permohonan dan mendapatkan maklumat berkaitan kad diskaun khas ini melalui portal Menu Rahmah https://menurahmah.kpdn.gov.my.

“Selagi mana peniaga yang menawarkan Menu Rahmah selagi itulah KPDN akan membantu dan memudahkan mereka,” katanya dalam sidang media selepas Sesi Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah kepada peniaga gerai Nasi Ayam Berempah di Nilai, hari ini.

Fuziah berkata, penawaran Kad Diskaun Khas Menu Rahmah itu merupakan kerjasama strategik antara kementerian dan pemain industri dalam sektor perdagangan dan pengedaran khusus buat pengusaha-pengusaha Menu Rahmah di seluruh negara.

“Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang telah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan yang lain bagi membantu pengusaha mengurangkan kos penyediaan Menu Rahmah.

“Setakat ini, seramai 2,800 peniaga telah menyertai program tersebut sebelum ini dan secara automatik akan memperolehi insentif yang ditawarkan manakala permohonan baharu akan dipercepatkan,” katanya

Katanya lagi, KPDN kini giat melaksanakan program advokasi di seluruh negara untuk menggalakkan lebih ramal pengusaha makanan mendaftar Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membolehkan peniaga makanan menikmati diskaun khas di pasaraya terpilih iaitu Mydin, Econsave, NSK, AEON Big, Giant, Lotus’s, dan Segi Fresh selaku rakan strategik Kementerian yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi pembelian barangan keperluan perniagaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN