Kes rogol libatkan kanak-kanak meningkat

Kes rogol libatkan kanak-kanak meningkat

Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur yang semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada semakin mudahnya akses kepada pornografi di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kes rogol beramai-ramai melibatkan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang berlaku di Kelantan tahun lalu terlepas daripada tuduhan  kerana masih di bawah umur. 

“Suspek semua berusia 9 dan 10 tahun, dan ia adalah ‘konsensual.’ Tetapi ia tetap rogol berkanun,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Shuhaily berkata, mangsa bersetuju untuk melakukan hubungan seks disebabkan dia telah mematahkan pemadam milik suspek dan tidak dapat menggantikannya dengan yang baharu.

“Dia tidak mempunyai wang untuk membeli pemadam baharu. Dia menawarkan untuk membayarnya (dengan seks).

“Tidak ada kes, sebenarnya kerana tiada liabiliti jenayah untuk mana-mana orang di bawah umur 10 tahun. Tetapi kami buka kertas siasatan,” katanya kepada pemberita di ibu negara, hari ini.

Tambah beliau, kes tersebut sering melibatkan isi rumah berpendapatan rendah dan kurang pengawasan daripada ibu bapa serta akses mudah kepada pornografi dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini