KANGAR: Kerajaan negeri akan memberi fokus terhadap tiga kaedah bagi memajukan sektor pertanian di Perlis membabitkan pembangunan agro perniagaan, industri padi beras dan mempertingkatkan penggunaan teknologi. Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, dalam aspek pembangunan agro perniagaan, kerajaan negeri komited dalam memperluaskan projek tanaman jagung bijian dalam membantu mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan ternakan dari luar negara. Beliau berkata, selain itu, industri padi beras juga akan diberi keutamaan pada tahun…