Kementerian Komunikasi tidak keluar arahan peraturan baharu teks, panggilan WhatsApp

Kementerian Komunikasi tidak keluar arahan peraturan baharu teks, panggilan WhatsApp

Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.

Ia susulan maklumat tular berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sentiasa semak kesahihan maklumat melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck
Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Hari ini, tular di beberapa platform media sosial memaparkan mesej yang menjelaskan wujudnya beberapa peraturan komunikasi baharu bagi panggilan suara dan video WhatsApp yang
akan dilaksanakan mulai esok.

Antara peraturan itu termasuklah semua panggilan akan dirakam, semua rakaman panggilan akan disimpan serta Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram dan semua media sosial akan dipantau.

Ia turut melibatkan peraturan seperti peranti akan bersambung ke sistem kementerian serta pengguna diminta berhati-hati untuk tidak menghantar mesej yang salah kepada sesiapa sahaja.

Peraturan palsu itu juga turut meminta pengguna untuk tidak menghantar hantaran
yang tidak baik terhadap kerajaan atau Perdana Menteri mengenai politik atau keadaan semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini