SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas lebih 700,000 batang rokok putih dan 216 tin minuman keras dipercayai diseludup masuk ke negara ini dalam dua serbuan di Shah Alam, Selangor bulan ini. Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Muhammad Ilyas Queek Abdullah berkata, serbuan pertama dilakukan di kantin sebuah penempatan pekerja asing di Shah Alam kira-kira pukul 8 malam hasil maklumat orang awam. Dalam serbuan itu, katanya, pasukan Bahagian Penguatkuasaan…










