BESUT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas dilanggar pacuan empat roda yang dipandu bapanya di Kampung Wakaf Kubor, Keluang, Kampung Raja, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi di kediaman mereka di kampung tersebut. Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu ketika mangsa dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gong Medang, di sini. “Hasil…










