Jumlah calon SPM Terengganu peroleh semua A meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah calon SPM Terengganu peroleh semua A meningkat

EBAHAGIAN pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu meraikan kemenangan mereka di Masjid Al Hidayah Kampung Banggol Mempelam di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 464 calon di Terengganu memperoleh semua A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, jumlah pelajar yang mendapat keputusan tersebut meningkat 0.76 peratus berbanding 333 calon pada tahun lalu.

Menurutnya, lapan calon daripada enam buah sekolah termasuk seorang calon dari sebuah sekolah menengah harian berjaya mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran diduduki.

“Ia peningkatan 0.01 peratus berbanding enam calon memperolehi semua A+ pada tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu, di sini. hari ini.

Jelani memberitahu, seramai 16,783 calon yang berdaftar manakala 16,382 iaitu 97.61 calon yang hadir menduduki SPM.

Katanya, calon yang lulus semua mata pelajaran pula seramai 10,489 orang iaitu peningkatan 4.22 peratus berbanding tahun 2022 iaitu seramai 9,617 calon.

Beliau menambah, Terengganu juga mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) Terengganu 4.41, lebih baik berbanding 4.59 pada tahun lalu.

Jelasnya, sebagai perbandingan, Gred Purata Kebangsaan pada tahun ini ialah 4.60.

“Empat sekolah memperolehi kelulusan dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kemaman, SM Sains Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikg Abdul Malek dan SM Imtiaz YT Kuala Berang.

“Gred Purata Sekolah terbaik pula ialah SM Imtiaz YT Kemaman iaitu 1.32,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN