Jiwa kosong punca Aliff Aziz curang - Utusan Malaysia

Jiwa kosong punca Aliff Aziz curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz beralasan jiwa kosong sebagai punca dia sebelum ini berlaku curang.

Katanya, dia merasakan dirinya tidak dihargai, lalu tidak dapat mengawal diri daripada curang kepada Bella.

“Ummi (ibu Aliff) pernah menghalau saya keluar rumah sepanjang 8 tahun saya berkahwin. Waktu itu saya sedang berusaha untuk memperbaiki rumah tangga.

“Tapi saya tidak pernah melarikan diri,” jelasnya menerusi program Melodi, hari ini.

Kata Aliff lagi, dia telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes yang menimpa dirinya dan kini menunggu mahkamah untuk menetapkan keputusan.

Tambahnya, kesilapan yang dilakukan bukan perkara yang perlu dibanggakan sebaliknya membuatkan dia malu dan tertekan.

“Memang saya banyak buat silap dan dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Jadi, saya kena bertanggungjawan terhadap apa yang berlaku selepas ini,” ujarnya.

Beliau juga mengambil pendekatang untuk mengunci mulut terhadap kontroversi yang berlaku kepadanya supaya netizen tidak membuat spekulasi.

Kontroversi rumah tangga Aliff bersama Bella memuncak lagi selepas aktor berkenaan ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, dua bulan lalu.

Susulan itu, Bella memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada 11 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN