PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menzahirkan ucapan takziah di atas kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terbabit nahas helikopter berhampiran sempadan Azerbaijan, Ahad lalu. Perkara itu dizahirkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri memaklumkan berkesempatan bertemu dengan almarhum dalam dua pertemuan sebelum ini. “Perdana Menteri memaklumkan hubungan antara Malaysia dan Iran bertambah…