SEPANG: “Jangan ‘ambil’ aku dulu ya Allah, izinkan tunai rukun Islam kelima dahulu.” Itu ungkapan doa dipanjatkan pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 70, sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan haji hari ini. Wan Maimunah merupakan salah seorang daripada 353 jemaah haji KT4 yang berlepas ke Madinah kira-kira pukul 6.30 pagi tadi menerusi penerbangan Saudi Airlines sebelum dijangka mendarat pada pukul 10.25 pagi waktu tempatan. Wan Maimunah memberitahu,…










