NIBONG TEBAL : Rancangan untuk mentransformasikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di Sungai Petani, Kedah menjadi Kolej Tingkatan Enam yang menjadi isu sebelum ini kini sudah selesai sepenuhnya. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika mengumumkan perkara itu berkata, keutamaan kini diberikan terhadap usaha menaik taraf sekolah terbabit bagi memenuhi keperluan pelajar di sana. “Isu ini telah selesai dan apa yang kita mahu tumpukan sekarang adalah bagaimana hendak menaikkan taraf sekolah…