KANGAR: Harumanis Perlis tetap menjadi pilihan utama rakyat negara ini sebagai harumanis asli yang paling sedap disebalik keyakinan kerajaan Kedah bahawa harumanis negeri itu bakal mengatasi harumanis Perlis. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, Perlis sama sekali tidak akan terganggu dengan kenyataan seperti itu berdasarkan semua sedia maklum bahawa harumanis asli tetap dari negeri ini. Katanya, daripada segi geografi kawasan tanaman di Perlis…










