KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Erysha Emyra enggan ambil pusing dengan tindakan netizen yang sering mengaitkan namanya dengan pelakon, Hun Haqeem. Kata pelakon berusia 24 tahun itu, sebagai artis, dia berlapang dada dengan gosip percintaan dengan pelakon kelahiran Sarawak itu. “Bukan Hun sahaja, Meerqeen pun orang kaitkan dengan saya. Gosip cinta perkara lumrah yang pelakon kena hadap. “Saya tak adalah rimas. Saya terima gosip begini sebagai kebiasaan apabila menjadi perhatian ramai.…










