IPOH: Minat mendalam terhadap dunia ketenteraan selain terinspirasi dengan kewibawaan datuk sebagai anggota polis mendorong Amirul Akif Mohd. Salleh, 22, untuk menyertai pasukan beruniform. Meskipun sedar bukan sedikit ujian yang perlu diharungi, anak kepada pasangan Mohd. Salleh Mohamad dan Rosyati Mahat itu tidak gentar malah bersedia menyahut cabaran apabila menyertai latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Usaha keras dan disiplin ketat selama enam bulan sepanjang latihan akhirnya berbaloi…