Cuaca panas: Pendaratan ikan, hasil laut tidak terjejas - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Pendaratan ikan, hasil laut tidak terjejas

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) melihat keropok keping yang dijemur di Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan Persatuan Nelayan Kemaman di Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pendaratan ikan dan hasil laut di seluruh negara tidak terjejas meskipun cuaca panas dan kering melanda beberapa negeri sejak bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, setakat ini tiada sebarang rekod pendaratan ikan di 48 Kompleks LKIM yang terjejas ekoran cuaca panas.

“Pendaratan ikan berjalan seperti biasa dan tidak terjejas kerana di negara ini, sebahagian besar bekalan ikan adalah bergantung kepada bot besar di bawah Zon B dan C.

“Secara puratanya, kita dapat mendaratkan kira-kira 250,000 matrik tan hasil laut di seluruh negara setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kedai Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Kemaman, di sini, hari ini.

Mengenai Kedai Nelayan, Muhammad Faiz berkata, pihaknya menyasarkan untuk membina enam buah lagi Kedai Nelayan di seluruh negara dalam usaha membantu nelayan memasarkan produk mereka.

“Setakat ini, sebanyak 14 buah Kedai Nelayan telah dibuka di 10 negeri sejak tahun lalu dan kita memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk setiap Kedai Nelayan bagi tujuan menaik taraf premis dan modal pusingan awal.

“Kedai Nelayan ini akan diuruskan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan kedai ini menjadi platform untuk mereka memasarkan produk hiliran seperti keropok dan produk sejuk beku

“Sebelun ini, PNK banyak mengeluarkan produk, namun tiada ruang pasaran, jadi kita ambil inisiatif mewujudkan Kedai Nelayan,” ujarnya.

Menurutnya, sebanyak 14 PNK yang mengusahakan Kedai Nelayan termasuk PNK Kuantan di Pahang; PNK Besut, Setiu dan Kemaman di Terengganu; PNK Kuala Muda di Kedah; PNK Bachok dan Tumpat di Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya