Penduduk 'nimber' 300 kg ikan - Utusan Malaysia

Penduduk ‘nimber’ 300 kg ikan

PENDUDUK menunjukkan sebahavian ikan yang ditangkap pada program 'Nimber' Ikan Sungai di Lubuk Pengkalan Setar, Kampung Sungai Ikan di sini, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebanyak kira-kira 300 kilogram (kg) ikan berjaya ditangkap pada program ‘Nimber’ Ikan Sungai di Lubuk Pengkalan Setar, Kampung Sungai Ikan di sini, semalam.

Program yang disertai 200 penduduk itu diadakan berikutan sungai tersebut berada dalam cetek sejauh 1.5 kilometer setelah cuaca panas dan kering melanda negeri sejak Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Ikan, Ismail Muda berkata, antara spesies ikan yang ditangkap ialah sebarau, baung, bujuk, haruan dan temperas.

Menurutnya, idea untuk mengadakan aktiviti bersama penduduk kampung itu tercetus selepas mendapati banyak lubuk ikan sungai di kawasan berkenaan berubah menjadi semakin cetek.

“Memandangkan sekarang ini musim El Nino cuaca sangat panas dan kering sehingga Lubuk Pengkalan Setar cetek berbanding kebiasaan dan ikan-ikan sungai mudah ditangkap.

“Sebab itu kami bersama-sama turun hari ini (semalam) menggunakan sauk dan serkap buluh, malah ada penduduk hanya menggunakan tangan untuk menangkap ikan-ikan ini.

“Ini kali pertama kami mengadakan aktiviti ini dan masing-masing dapat menangkap antara dua sehingga tiga kilogram ikan setiap seorang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Ismail, aktiviti seumpama itu yang disertai pelbagai lapisan penduduk kampung dari yang muda sehingga ke tua secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.

Katanya, keletihan penduduk meredah laluan sungai sejauh hampir 1.5 kilometer untuk sampai ke Lubuk Pengkalan Setar hilang sejurus melihat keseronakan ahli keluarga menangkap ikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN