Bukti keprihatinan kerajaan terhadap wartawan sambilan

Bukti keprihatinan kerajaan terhadap wartawan sambilan

ARIPIN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH:  Keputusan kerajaan mengiktiraf peranan wartawan sambilan dengan menyediakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disambut baik kerana golongan itu sering berdepan risiko ketika bertugas.

Bekas pemberita sambilan, Datuk Dr. Aripin Said berkata, fungsi wartawan sambilan sama dengan kakitangan tetap dalam memburu berita dan sering berkonflik dengan masa selain   terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan.

Menurutnya, dengan mencarum dalam Perkeso, mereka ada ‘tempat bergantung’ sekiranya hilang upaya untuk bekerja di lapangan.

“Lebih mengujakan apabila kerajaan akan menampung caruman Perkeso wartawan sambilan yang berdaftar dengan pelbagai organisasi media di seluruh negara,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menampung caruman Perkeso untuk semua wartawan sambilan bagi tempoh satu tahun. 

Fahmi memberitahu, berdasarkan data Jabatan Penerangan, 565 pengamal media yang berdaftar adalah bertaraf sambilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN