Bella Hadid sarung busana daripada Keffiyeh, sokong pembebasan Palestin - Utusan Malaysia

Bella Hadid sarung busana daripada Keffiyeh, sokong pembebasan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANNES: Model antarabangsa, Bella Hadid, mencuri tumpuan apabila mengenakan busana yang diperbuat daripada selendang Arab, Keffiyeh semasa menghadiri acara berprestij Festival Filem Cannes, semalam.

Hadid memilih pakaian merah putih yang dihasilkan pereka fesyen Michael Sears dan Hushi Mortezaie untuk menunjukkan sokongannya terhadap pembebasan Palestin.

Model itu turut mengenakan kasut tumit tinggi Gucci, anting-anting besar berwarna emas dan kaca mata berbentuk segi empat untuk melengkapkan penampilan.

Dalam beberapa gambar dan video yang tular, wanita kacukan Palestin-Belanda itu dilihat berjalan di sekitar French Riviera sambil memakan ais krim.

Keffiyeh merupakan selendang tradisional yang menjadi semakin popular dalam kalangan rakyat Palestin kerana sering dipakai oleh Presiden Palestin, Yasser Arafat pada tahun 1960-an.

Sejak konflik Palestin-Israel semakin memuncak pada 7 oktober tahun lalu, Hadid sangat lantang mengecam tindakan mana-mana pihak yang menyebabkan pembunuhan dalam insiden berkenaan.

Terdahulu bapanya, Mohamed Hadid yang dilahirkan di Nazareth, Palestin, mendedahkan dia dan keluarga telah dipaksa keluar dari kediaman ketika perang Arab-Israel terjadi pada tahun 1948.

Mereka kemudian menjadi pelarian di Syria sebelum berhijrah Amerika Syarikat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya