COPENHAGEN: Penyanyi yang juga wakil Belanda dalam Eurovision, Joost Klien bakal didakwa atas tindakannya mencetuskan huru hara di belakang pentas pertandingan berkenaan.
Polis Sweden memaklumkan pendakwaan itu akan dilakukan berikutan aduan salah laku penyanyi tersebut yang difailkan salah seorang kru produksi pertandingan tersebut, baru-baru ini.
“Siasatan sudah dijalankan dan pendakwaan akan difailkan dalam beberapa minggu akan datang,” jelas jurucakap polis, Jimmy Modin.
Penglibatan Klien dalam Eurovision dibatalkan selepas penyanyi itu mengancam jurukamera pertandingan itu.
Difahamkan penyanyi itu, yang enggan gerak gerinya dirakam bertindak agresif dan hampir mengasari jurukamera terbabit.
Pertubuhan penyiaran Eropah (EBU) dalam kenyataan menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap Klien sebagai wajar.
“Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang sikap yang menyalahi polisi pertandingan ini.
“Kami komited dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk semua kakitangan yang bertugas semasa pertandingan ini dianjurkan,” kongsinya.











