KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai status perkahwinan Hisyam Hamid terjawab apabila pelakon itu mengesahkan dia dan Rosmawati Hanafi atau Mel sudah membawa haluan masing-masing. Hisyam yang ditemui petang tadi memaklumkan hubungannya dengan wanita itu sekarang ini tidak lebih daripada artis dan pengurus, selain menjadi rakan baik. “Buat masa ini kami selesa dengan sekadar bersahabat baik. Lebih dari itu, biar masa yang tentukan. “Apa yang berlaku, biar berlalu. Kami tak bergaduh,…