Bantuan SARA, Tunai Rahmah diteruskan - Anwar - Utusan Malaysia

Bantuan SARA, Tunai Rahmah diteruskan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan dengan peningkatan peruntukan serta jumlah penerima.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bukti anjakan pengurusan kewangan negara dapat dilihat dengan jelas apabila sebahagian penjimatan dapat digunakan dengan menambah baik bantuan kepada rakyat.

“SARA ditambah baik dengan meningkatkan peruntukan kepada RM700 juta, yakni lebih lima kali ganda ketimbang RM130 juta tahun lalu. Kita juga meluaskan bilangan penerima kepada 700,000 orang dan menambah nilai bantuan kepada RM1,200 ketimbang RM600.

“Selain itu, peruntukan STR kita naikkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion (2023) kepada RM10 bilion (2024) yang memanfaatkan sekitar 9 juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan, malam ini.

Selain itu, katanya, bantuan murid sekolah telah ditambah baik.

“Bermula 2023, kita memperluas Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid daripada tahun satu hingga tingkatan lima dengan peruntukan hampir RM800 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya