Balik umrah terus rasa nak berhijab - Neera Azizi

Balik umrah terus rasa nak berhijab – Neera Azizi

NEERA Azizi terpaksa tolak tawaran berlakon dalam filem yang memaksanya buka tudung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berkat doanya sewaktu melaksanakan umrah pada bulan lalu, pelakon, Neera Azizi akhirnya mengambil keputusan untuk mula berhijab bagi mendekatkan lagi dirinya kepada Allah.

Neera Azizi atau nama sebenarnya Nurazneera Azizi, 26, berkata, keputusan untuk berhijab itu bukannya disebabkan bimbingan daripada orang lain malah itu merupakan pilihannya sendiri.

Berkongsi kisah terhadap penghijrahannya, selepas melangkah kaki ke Tanah Suci, tiga hari berturut-turut beliau bermimpi sedang berhijab dan menganggap ia sebagai satu petunjuk daripada Allah kepada dirinya sendiri.

“Sewaktu buat umrah lagi, saya sentiasa mendoakan untuk dilimpahkan rezeki dan mungkin ini salah satu rezeki yang Allah bagi kepada saya,” jelasnya.

Namun begitu, beliau menganggap bahawa penghijrahan itu bukan satu perkara yang mudah malah beliau terpaksa menghadapi cemuhan daripada orang yang berada di sekelilingnya.

“Ada yang anggap saya pakai tudung sebab hendak ikut trend dan ada yang cuba menakutkan saya kalau berhijab susah hendak dapat ‘job’.

“Terdapat juga pengarah filem yang turut menawarkan saya untuk memegang watak sebagai penyondol dan penari club malam sehingga menyarankan saya untuk membuka tudung.

“Tetapi saya terpaksa menolak semua tawaran itu kerana saya sedar bahawa saya sedang berhijab dan sememangnya saya wajib menjaga batas tertentu,” katanya selepas sidang media bagi drama teater Srikandi Empayar Melaka, semalam.

Anak kelahiran Melaka, Neera Azizi ini dahulunya pernah menghadapi kontroversi ketika menyampaikan persembahan nyanyian di program bual bicara MHI, tiga tahun lalu.

Namun, sebelum mendapat kecaman teruk, beliau sudahpun memberi salam perkenalan kepada dunia lakonan sehingga pernah memegang watak sebagai Dr Anisa dalam drama adaptasi novel, Sayangku Kapten Mukhriz arahan Yeop Hitler. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN