GEORGE TOWN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak terutamanya penjawat awam dan agensi kerajaan melakukan anjakan dalam semua bidang untuk meningkatkan tahap efisien bagi menarik pelabur asing ke negara ini. Anwar berkata, peningkatan tahap efisien itu perlu dilakukan dengan sedaya upaya memandangkan fokus utama negara kini adalah dasar yang jelas dan kecepatan kelulusan dalam semua bidang. Katanya, ini kerana semua pihak terutamanya pelabur tidak boleh bersabar…









