Anggota Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anggota Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dekat Bukit Saujana Utama, di sini kira-kita pukul 4.45 petang tadi.

Berita duka itu disampaikan ahli kumpulan itu, Azadan Abdul Aziz sebentar tadi.

“Anaknya mengesahkan arwah tidak sedarkan diri sekitar pukul 4 petang tadi. Kemudian dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Saya masih terkejut kerana baru bertemu arwah sekitar dua hari lepas ketika dia datang ke kedai saya untuk membeli makanan.

“Arwah sepanjang bersama Rabbani banyak berjasa dalam menjalankan peranannya berkenaan hal ehwal teknikal untuk kumpulan ini. Pemergiannya adalah kehilangan besar buat yang mengenalinya,” kongsi Azadan.

Allahyarham sejak lapan tahun lalu menderita sakit buah pinggang dan sering berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kesihatannya merosot, terpaksa menanggung sakit akibat bengkak anggota tangan selain tahap penglihatan yang semakin merosot.

“Arwah sepanjang menderita penyakit itu, banyak berdiam. Namun dia seronok kerana berkesempatan berkumpul bersama rakan-rakan Rabbani dalam aktiviti yang kami anjurkan.

“Semangatnya kuat melawan penyakit. Ketika hayatnya dia pernah memaklumkan mahu hadir setiap program yang Rabbani anjurkan,” ujar Azadan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN