KANGAR: Anak kepada Menteri Besar Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Tertuduh, Mohd Syafeeq Mohd. Shukri, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan bagi pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Norsalha Hamzah. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Syafeeq didakwa memberikan satu dokumen kepada seorang ejen yang bertugas…