Altimet gesa lawan isu cetak rompak digital

Altimet gesa lawan isu cetak rompak digital

ALTIMET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, menyifatkan gejala cetak rompak digital semakin berleluasa yang turut menyaksikan ancamannya lebih besar terhadap kelestarian industri hiburan tanah air.

Berikutan itu, Altimet menggesa seluruh masyarakat dan anak-anak seni supaya memerangi isu itu terutama selepas melihat kkewujudan platform penstriman haram dalam internet yang semakin banyak.

“Inilah cabaran baharu buat semua pihak yang berkepentingan. Semakin lama ia dibiar membusung, semakin tenatlah industri hiburan tanah air kita dihurung bukan sahaja kerugian hasil, bahkan jua terhakisnya hak harta intelek.

“Memang betul penyelesaian bagi menangani jenayah ini memerlukan usaha yang berterusan dan konsisten. Lebih-lebih lagi kerana ia membabitkan usaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, saya percaya bahawa ia boleh dilakukan kerana saya pernah bertemu dengan peminat yang mengaku bahawa dahulunya mereka mendengar lagu saya secara haram, namun kini mereka tampil untuk memohon maaf,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Selain itu, kata Altimet, meskipun berkecimpung dalam dunia politik, minatnya terhadap bidang muzik dan kreativiti tetap berjalan seiring terutama dalam kepeduliannya terhadap hak-hak rakan artis dan penggiat industri kreatif.

“Saya amat peka terhadap cabaran yang dihadapi oleh rakan pemuzik dan penggiat seni yang terkesan dengan cetak rompak digital. Melihat susah payah dan jerih yang dihadapi mereka, ia menyemarakkan lagi keazaman untuk saya meneruskan perjuangan dalam membanteras kegiatan jahat dan keji lanun-lanun digital ini.

“Ini termasuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk melaksanakan strategi menyeluruh bagi menangani cetak rompak digital, melindungi hak harta intelek dan mempromosikan alternatif yang sahih,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN