Abu Bakar nafi gerak usaha jatuhkan MB Perlis - Utusan Malaysia

Abu Bakar nafi gerak usaha jatuhkan MB Perlis

ABU BAKAR HAMZAH.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri,Abu Bakar Hamzah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau menggerakkan usaha bagi menjatuhkan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Serentak dengan itu juga, beliau turut membuat laporan polis terhadap beberapa pengendali di laman sosial Tik Tok yang memfitnah beliau kononnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes anak Menteri Besar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abu Bakar berkata, laporan polis berkenaan dibuat bagi menafikan dakwaan berkenaan yang merupakan cubaan bagi memecah belahkan gabungan PN di negeri ini.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam membuat laporan kepada SPRM berhubung kes Menteri Besar itu. Oleh itu, saya mahu siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas laporan fitnah yang dikeluarkan pengendali akaun Tik Tok terlibat,” katanya.

Terdahulu, tular satu klip di laman Tik Tok yang memaparkan dakwaan bahawa Abu Bakar merupakan individu membuat laporan kepada SPRM berhubung kes membabitkan anak Menteri Besar Perlis itu.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai penahanan reman anak Mohd. Shukri bersama seorang pegawai kanan kerajaan negeri dan empat individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Selain itu, media juga melaporkan Mohd. Shukri turut diambil keterangan oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Dalam pada itu, Abu Bakar yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri berkata, beliau secara peribadi tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mohd. Shukri dan masih mempunyai hubungan baik dengan Pesuruhjaya Pas negeri itu.

“Bab hal individu itu kita serahkan siasatan kepada SPRM malah saya tiada sebarang masalah dengan Menteri Besar.

“Mana mungkin saya mengkhianati PN dengan melakukan tindakan sedemikian yang mampu menjejaskan hubungan parti-parti komponen di peringkat negeri atau pusat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya