KUANTAN: Negara didakwa gagal menjana pendapatan RM10 bilion setahun apabila dianggarkan kira-kira tujuh juta tan sisa tandan kelapa sawit kosong yang dihasilkan daripada aktiviti perladangan dibuang dan dibiarkan mereput di ladang-ladang. Dianggarkan daripada tujuh juta tan tandan sawit kosong itu sekiranya diproses, ia dapat memperoleh 30 peratus sabut bersih bersamaan kira-kira dua juta tan. Anggaran pendapatan dua juta tan sabut bersih itu kira-kira RM4 bilion setahun berdasarkan harga pasaran semasa…










