KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Ops Samba 2.0, didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan mencecah RM17,500 untuk melepaskan lori barangan tanpa sebarang pemeriksaan. Shaharudin Suboh, 54, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Suzana Hussin atas 22 pertuduhan dan Alizan Wahid, 43, yang berdepan empat pertuduhan juga membuat pengakuan sama manakala Ismail Idris, 49, mengaku tidak bersalah…