KUALA LUMPUR: Seramai 21 ahli kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai Geng TR dan aktif di tiga buah negeri ditahan atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kesemua suspek ditangkap pada 3 Mei lalu melalui Operasi Khas Lima oleh bahagian jenayah terancang D14 Bukit Aman. “Pada tangkapan pertama, seramai 18 suspek ditahan di lokap berpusat Shah Alam, Selangor. Tiga…