JOHOR BAHRU: Pelbagai jenis daging sejuk beku termasuk daging babi seberat 135 tan yang dibawa masuk ke negeri ini melalui Singapura dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, rampasan tersebut dibuat menerusi dua operasi berasingan di Lebuh Raya Pasir Gudang dan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada 21 Mei lalu. Katanya, kesemua daging sejuk beku berkenaan dibawa masuk menggunakan lima buah lori berasingan.…









