BALIK PULAU : Wanita yang tular dalam satu rakaman video kerana menyimbah air panas ke arah seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) semalam kini direman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap wanita berusia 39 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Jafri Md. Zain,…