LUMUT: Jasad Pegawai Waran II, Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi, 41, yang maut dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut hari ini dilihat seolah-olah sedang tidur. Perkara itu dikongsikan bapa Allahyarham, Mohd. Termizi Abdul Ghani, 68, ketika pengecaman mayat anak sulung daripada tujuh beradik itu di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut. Menurut Mohd. Termizi, dia dan isteri, Hasnah Yasin, 67, masuk ke dalam Unit Forensik HAT untuk melihat…