Tahun depan mungkin penyanyi lain pula - Aisha Retno wakili negara ke Java Jazz Festival - Utusan Malaysia

Tahun depan mungkin penyanyi lain pula – Aisha Retno wakili negara ke Java Jazz Festival

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aisha Retno, meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang mewakili negara membuat persembahan di Java Jazz Festival 2024.

Penyanyi berusia 23 tahun itu berasa bertuah kerana menjadi penyanyi tempatan yang menyusuli jejak Datuk Sheila Majid yang sebelum ini sering diundang membuat persembahan di acara berprestij berkenaan.

“Tentunya saya gemuruh. Sheila penyanyi bertaraf legenda yang tidak boleh digantikan kerana beliau terlibat hampir setiap penganjuran (Java Jazz Festival).

“Tapi mungkin tahun ini saya dipilih kerana penganjur mahu memberi peluang kepada penyanyi baru. Tahun depan barangkali penyanyi lain pula.

“Apa pun, Sheila saya anggap sebagai pemangkin semangat untuk saya berikan persembahan terbaik pada acara itu nanti,” katanya.

Java Jazz festival tahun ini bakal berlangsung antara 24 hingga 26 Mei depan di Jiexpo Kemayoran, Jakarta, Indonesia.

Dalam pada itu, Aisha juga mengakui sedikit berdebar menantikan reaksi peminat muzik di Indonesia terhadap persembahannya di acara itu nanti.

“Saya sedar, nak tarik pendengar Indonesia adalah langkah mencabar dan tidak mudah. Apatah lagi terhadap penyanyi yang masih baru seperti saya.

“Apa pun saya bersyukur dan berharap ada rezeki saya di sana,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN