Suria FM sajikan Suami Raya - Utusan Malaysia

Suria FM sajikan Suami Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Stesen radio Suria FM kembali menyajikan pendengar setia pelbagai pengisian menarik sepanjang Syawal yang akan disambut kurang dari seminggu. 

Menerusi kempen ‘Raikan Yang Dirai’, stesen radio itu telah menyusun pelbagai program seperti drama raya Suria 2024 ‘Suami Raya’. 

Menurut Pengurus Digital Suria FM, Amirul Farhan, idea penghasilan drama raya  tercetus sejak tahun lalu. 

“Kalau kita lihat lima tahun kebelakangan ini, jalan cerita drama raya Suria lebih kurang sama. Untuk tahun ini, kami mahu buat kelainan sikit. 

“Idea asal cerita ini diinspirasikan dari kenalan salah seorang kakitangan Suria FM yang perlukan suami sewaktu Hari Raya. Semua adik beradiknya sudah berkahwin manakala individu tersebut masih bujang.

“Cerita tersebut dikembangkan menjadi sebuah drama pendek. Telefilem ini tidak mengambil masa yang lama, kami buat penggambaran tiga hari dan berjaya siapkan sepenuhnya dalam masa sebulan,” kongsinya.

Antara pelakon yang membintangi drama berkenaan adalah ahli kumpulan Senario, Azlee Jaafar yang memegang watak sebagai roh bapa kepada watak Yasmin. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, berkata drama ini merupakan kerjasama sulung antara stesen berkenaan dengan Azlee. 

Drama Raya Suria 2024 yang  ditayangkan di Youtube Suria FM bermula semalam turut menampilkan barisan penyampai stesen berkenaan sepert Cik Piah, Ajak, Rara, Chiwan, Dj Lin, Suraya Borhan dan Datuk Fizz Fairuz.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya