SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia, hari ini. Pejabat Sultan Selangor menerusi kenyataannya berkata, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan tersebut. “Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan takziah buat waris dan keluarga Allahyarham Tun Hanif yang meninggal dunia pada usia 85 tahun.…