MELAKA: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari, 54, meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di Hospital Melaka di sini. Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Melaka sebelum dibawa ke Masjid Al-Azim, Bukit Palah untuk disolatkan. Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebong selepas solat Jumaat untuk dikebumikan. Allahyarham yang juga bekas Pegawai Kewangan negeri dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat…










