Seorang maut, dua parah  kemalangan tujuh kenderaan

Seorang maut, dua parah  kemalangan tujuh kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Seorang maut, dua parah manakala enam lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 452.8 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan(PLUS) di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 11.35 malam dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan.

“Kemalangan itu melibatkan lima kereta, satu pacuan empat roda dan sebuah bas ekspres. Kemalangan itu berlaku  arah selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh.

“Jumlah keseluruhan mangsa terlibat termasuk penumpang bas ekspres adalah seramai 38 individu,” kata beliau  dalam kenyataan. 

Menurut  beliau, seorang mangsa yang maut dan dua yang cedera parah masing-masing membabitkan pemandu dan penumpang sebuah pacuan empat roda dan sebuah kereta

Menurut beliau, pemandu serta 24 penumpang bas ekspres  tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kata beliau, dua mangsa yang cedera parah serta enam individu cedera ringan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN