Selangor meterai perjanjian dalam bidang teknologi, kejuruteraan di Jerman

Selangor meterai perjanjian dalam bidang teknologi, kejuruteraan di Jerman

DATUK SERI AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kerajaan negeri Selangor membawa pulang beberapa perjanjian bagi kemajuan negeri tersebut terutama berkaitan bidang teknologi dan kejuruteraan yang dijangka memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perjanjian tersebut diperoleh melalui penyertaan kerajaan negeri di Hannover Messe, Jerman.

Menurut beliau, kerajaan negeri melakukan beberapa pertemuan antara anak syarikat megeri dan entiti korporat dalam sektor berkaitan pada persidangan dan pameran teknologi kejuruteraan mekanikal dan elektrikal terbesar di dunia ini.

“Pihak kerajaan negeri melalui beberapa anak syarikat MBI dan sebagainya telah menandatangani persefahaman dengan beberapa syarikat teknologi seperti Siemens Mendix dan juga beberapa institusi lain.

“Ini semua memberikan peluang untuk meningkatkan sumber manusia dalam negeri kita di samping menambah pelaburan-pelaburan bernilai tinggi dan mampu untuk membawa peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Selangor,” katanya ketika berucap pada Program Riuh Raya #KitaSelangor, di sini.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu berkata, Selangor turut bersedia dan terbuka untuk menjadi rumah dan ‘payung’ kepada semua rakyat Malaysia.

Jelasnya, ia bagi memastikan kebersamaan dan semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum.

“Inilah jiwa kita selangor yang kita ingin pertahankan sebuah kerajaan negeri dan negara yang semua rakyatnya berbeza kaum, bangsa dan keturunan.

“(Ini supaya kita semua) dapat hidup aman dan damai seterusnya membawa kemajuan kepada negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN