Saya tidak munafik - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Saya tidak munafik – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang seakan-akan menyindir seseorang menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram (IG) mencuri perhatian netizen.

Rata-rata pengguna platform media sosial tersebut bersetuju dengan perkongsian selebriti berusia 30 tahun itu selain memuji keberanian Bella yang mengeluarkan kenyataan ‘tajam’ untuk membela dirinya sendiri.

“Ya, macam inilah! Pandai membalas! Ini yang kami mahu ni Bella! Bella yang pandai mengeras,” tulis seorang netizen.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sebelum ini memuat naik luahan hatinya yang seakan menyindir individu lain.

“Mungkin saya bukanlah orang yang baik, dan saya tak perlu dianggap baik.

“Akan tetapi paling tidak saya tidak munafik dengan berpura-pura baik,” tulisnya.

Ibu dua cahaya mata itu pada Mac lalu memfailkan permohonan cerai daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, dekat sini.

Keputusan itu dibuat selepas Aliff ditangkap berkhalwat dengan pelakon popular, Ruhainies di sebuah kondominium di ibu kota.

Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai atas alasan masih menyayangi isteri dan anak-anaknya.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, dan Ara Adreanna.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN